Pada 16/10/2015, En. Muiz telah memberikan taklimat yang ringkas tentang pertolongan kecemasan dengan menggunakan kain anduh. Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
Kitaorang diberikan kain anduh tiga segi yang merupakan kain yang sangat penting dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Antara kegunaan kain anduh ialah kain tersebut dapat mengampu bahagian yang cedera atau patah, menghenti atau menahan pendarahan, menetapkan bahagian yang cedera dan menutup tempat luka atau cedera.
Antara contoh pembelajaran kitaorang dengan menggunakan kain anduh ialah :
(i)

Pembalut Cincin
- Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam
- Ianya digunakan untuk menutup luka
Contoh balutan anduh untuk kepala yang cedera
(ii)

Anduh pergelangan tangan
(iii)

Anduh besar/ Anduh lengan
- Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera
- Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas
Para pelajar sedang mendengar taklimat yang diberikan.
Contoh balutan anduh untuk kepala
Setelah mempelajari dan mengetahui sedikit sebanyak tentang pertolongan cemas ini kitaorang berharap ilmu ini dapat digunakan in any emergency cases. Terima kasih keada Encik Muiz kerana mengajar kami semua tentang pertolongan cemas ini untuk digunakan apabila diperlukan kemudian hari. See you next week. Baiiii! :D

No comments:
Post a Comment