KERTAS KERJA
Hari ini memandangkan cuaca yang agak mendung, kami tidak
dapat melakukan apa-apa aktiviti. Kami hanya duduk
berbincang mengenai kertas kerja yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.
Kami dipecahkan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang ahli.
Tugasan kami ialah memilih sesuatu tempat dan merancang
aktiviti luar dan rekreasi yang boleh dilaksanakan di tempat itu.
Contoh aktiviti luar dan rekreasi ialah perkhemahan, kayak, jungle traking,
flying fox, orientering dan sebagainya.
Tujuan tugasan ini ialah untuk pelajar lebih mengetahui mengenai
aktiviti luar dari segi teknik, alatan,
keselamatan dan sebagainya.
Dari tugasan ini jugaklah kami dapat berbincang bagaimana
untuk menguruskan sesuatu program.
Dari tugasan ini jugak banyak yang telah kami pelajari seperti
semangat berpasukan dan
menerima pendapat setiap ahli.
Pelbagai soalan yang kurang difahami atau diragui mengenai kertas kerja ini disoal pada hari ini.
Antara soalan yang diajukan ialah Perlukah satu pasukan
pergi ke tempat tersebut? dan jawapannya ialah ya,
setiap pasukan perlu mengambil gambar di tempat tersebut.
Hal ini kerana ianya ialah bukti pasukan tersebut
telah pergi ke tempat tersebut.
Seperti biasa kelas kami hari ini juga diadakan di bulatan wall climbing UITM.
bulatan wall climbing.
Okey sampai sini sahajalah coretan kami untk hari ini.
sekian terima kasih.
boiiiiiiiiiiiiiiiiii