Tuesday, 8 December 2015

PRESENTATION OF OUR ASSIGNMENT

Maka, setelah kekecewaan tak dapat present pada 
hari jumaat lepas, kami telah bangkit semula dengan 
sebuah rakaman video yang amat menarik dari kami 
Group Everest.

Pada hari Jumaat yang lepas, kami telah bersedia dengan penuh 
semangat berkobar-kobar berserta uniform yang seragam 
bagi menampakkan kepimpinan kami dalam 
membentangkan proposal ini. Namun, harapan tinggal harapan, 
presentation terpaksa di batalkan disebabkan 
masalah teknikal dari pihak pengurusan.

Dibawah ini merupakan gambar kami sekumpulan bersma En. Muiz. 
Kami harap gambar ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila. 



Ini adalah merupakan kelas terakhir bagi subjek koko, 
dan merupakan kelas terakhir bersama 
En. Muiz.


(harap pakai earfon/speaker while listening.)


Diatas ini merupakan video presentation yang mengantikan live presentation 
kami yang gagal dilaksanakan pada hari jumaat itu.
Presentation kami ini ialah berkaitan satu kertas kerja mengenai 
program Perkhemahan di Bukit Cerakah.
Kami harap video ini dapat disampaikan dengan jayanya 
dan dapat menepati kehendak yg diperlukan seperti 
had masa presentation tidak melebihi 5 minit.
Semoga pahit getir pengorbanan yang telah kami korbankan ini akan
membuahkan hasil yg mengagumkan semua org. 
Akhir kata dari kami kumpulan Everest 

" OUR KOKURIKULUM IS DONE!!!"




Friday, 27 November 2015

TAKLIMAT PERBENTANGAN DAN KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

Hari ini memandangkan cuaca yang agak mendung, kami tidak 
dapat melakukan apa-apa aktiviti. Kami hanya duduk 
berbincang mengenai kertas kerja yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. 
Kami dipecahkan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang ahli. 
Tugasan kami ialah memilih sesuatu tempat dan merancang
aktiviti luar dan rekreasi yang boleh dilaksanakan di tempat itu.
Contoh aktiviti luar dan rekreasi ialah perkhemahan, kayak, jungle traking, 
flying fox, orientering dan sebagainya.

Tujuan tugasan ini ialah untuk pelajar lebih mengetahui mengenai 
aktiviti luar dari segi teknik, alatan, 
keselamatan dan sebagainya. 
Dari tugasan ini jugaklah kami dapat berbincang bagaimana 
untuk menguruskan sesuatu program. 
Dari tugasan ini jugak banyak yang telah kami pelajari seperti 
semangat berpasukan dan 
menerima pendapat setiap ahli. 

Pelbagai soalan yang kurang difahami atau diragui mengenai kertas kerja ini disoal pada hari ini. 
Antara soalan yang diajukan ialah Perlukah satu pasukan 
pergi ke tempat tersebut? dan jawapannya ialah ya, 
setiap pasukan perlu mengambil gambar di tempat tersebut. 
Hal ini kerana ianya ialah bukti pasukan tersebut 
telah pergi  ke tempat tersebut.
Seperti biasa kelas kami hari ini juga diadakan di bulatan wall climbing UITM.


bulatan wall climbing.


Okey sampai sini sahajalah coretan kami untk hari ini. 
sekian terima kasih.
boiiiiiiiiiiiiiiiiii

Saturday, 21 November 2015

PROGRAM 1000 LANGKAH

Minggu ini kelas kami digantikan dengan Program 1000 Langkah yang dianjurkan oleh Alumni Sport Recreation yang bertempat di padang kawat UiTM Shah Alam. Para perserta disediakan tshirt percuma serta makanan pagi seawal jam 7 pagi. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kecergasan warga UiTM dan melahirkan generasi yang aktif serta sihat. Terdapat dua laluan yang berbeza yang terbahagi kepada warga emas serta para peserta yang lain. Pada pagi itu, mereka memulakan program dengan aktiviti senam aerobik.

Antara beberapa gambar pada hari tersebut ialah : 

 Semasa aktiviti senam aerobik 

 


Semasa perjalanan 1000 langkah 

Setelah berjalan sebanyak 1000 langkah dan lebih, kitaorang diberi McD nuggets. We're so happy today even rasa letih kerana berjalan jauh. Thank you kepada alumni sport rec kerana menganjurkan aktiviti sihat ini. Itu saja coretan hari ini. Bye gais! :D 

Saturday, 31 October 2015

ORIENTEERING DAN UJIAN KECERGASAN

Sabtu, 31 Oktober 2015,

Maka hari yang di tunggu dan didebari telah tiba. It's Orienteering Games and Fitness Test!! So, permulaan hari dimulakan dengan sedikit warming up by our friends. Then, sedikit taklimat dari pensyarah kokurikulum kami, En Muiz mengenai perjalanan hari ini. 

Maka, kami mulakan aktiviti kami pagi itu dengan Fitness Test. Peraturan untuk Fitness test ini adalah, pelajar perlu mengikut trek yang telah di maklumkan dan seharusnya menyudahkan larian dalam jangka masa hanya 15 minit. Dalam kiraan 3,2,1 pelajar di lepaskan dan masa telah bemula.


And here we're! We did it and finished the run below the limit of time give !!

Selepas menenangkan seketika degupan jantung yang terlalu laju, maka kami bergerak untuk aktiviti kedua iaitu Orienteering Games. Permainan in melibatkan semua pasukan. Setiap pasukan perlu menyediakan maps yang mengandungi 5 checkpoint. 

Ini adalah orienteering map kami yang telah kami sediakan beberapa hari sebelum hari kejadian. Its's look easy right. :P


Keadaan ketika permainan berlangsung. Semua mengejar masa untuk menjadi kumpulan pertama yang berjaya.


And yes!! Here we're! Finished the games with big smiles:D

So, a productive Saturday for us today, Terima kasih semua atas kerjasama yaaa. Booiii


Friday, 30 October 2015

TAKLIMAT ORIENTEERING



 Hari ini kami telah diberikan sedikit taklimat daridapa En.Muiz berkenaan aktiviti yang akan kami lakukan pada minggu akan datang iaitu taklimat mengenai Orienteering. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental yang baik. 

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan dabungan anatar sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun.  Penerangan mengenai Orienteering amat penting untuk difahami bagi memudahkan aktiviti seterusnya di jalankan.harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan danpertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.




Ini adalah contoh kompas yang digunakan

Melalui kompas ini, pelajar dapat menentukan arah dengan mudah. Untuk memastikan kami memahami taklimat yang diberikan, simple games about orienteering dijalankan. Pelajar dalam bentuk kumpulan perlu melakar peta sendiri mengikut arah kompas tersebut. Didalam peta tersebut haruslah mempunyai bacaan kompas serta kiraan langkah bagi memudahkan perserta lain. 

contoh peta asas orienteering

Selepas selesai melakar peta, peta tersebut perlu ditukar dengan group yang lain. Maka permainan orienteering asas berlaku dengan teruja.

So, kami telah bersedia untuk perlawanan orienteering antara kumpulan pada minggu hadapan yang melibatkan kawasan UITM Shah Alam.

Chaiiiyokkk !!





Friday, 23 October 2015

FIRST AID

Pertolongan Cemas
.
.
.

Hari ini, kami belajar tentang pertolongan cemas sambungan dari mggu lpas. 

Tapi minggu lpas En. Muiz hanya memberi taklimat serba sedikit 
tentang apa itu pertolongan cemas. Seperti yg kita tahu, 
pertolongan cemas atau lebih dikenali sebagai first aid 
pada umumnya bermaksud bantuan 
semasa kecemasan atau apabila berlaku kemalangan. 

Kemalangan boleh berlaku samada luka berdarah yang 

teruk terbakar kulit, patah, 
pitam, tidak sedar diri dan sebagainya. 
Dengan pengetahuan tentang pertolongan cemas ini dapatlah penyelamat 
tersebut mengelakkan sesuatu kecederaan atau kemalangan itu 
daripada menjadi bertambah teruk dan mengindarkan 
terjadi keadaan panik. 
Walaubagaimanapun apabila berlaku sesuatu kemalangan secara mendadak, 
antara langkah awal mengenai pertolongan kecemasan
 yang perlu diketahui ialah 
mengenalpasti kecederaan yang dialami oleh mangsa dan jika perlu, 
angkat mangsa ketempat yang lebih selamat. 
Penyelamat boleh membuat stretcer untuk mengangkat 
mangsa ketempat yang sesuai. 



dibawah
ini terdapat sebuah rakaman video tentang
cara menggunakan
stretcher dengan kain yang ad berhampiran dngn kita 
seperti kain batik, baju, dan 
dua batang kayu. 



itulah serba sedikit yang dapat kami kongsi dalam blog ini. 
harap maklumat diatas berguna untuk 
masa hadapan nnti.
boiiiiiii!!!!





Friday, 16 October 2015

TAKLIMAT PERTOLONGAN KECEMASAN

Pada 16/10/2015, En. Muiz telah memberikan taklimat yang ringkas tentang pertolongan kecemasan dengan menggunakan kain anduh. Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. 

Kitaorang diberikan kain anduh tiga segi yang merupakan kain yang sangat penting dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Antara kegunaan kain anduh ialah kain tersebut dapat mengampu bahagian yang cedera atau patah, menghenti atau menahan pendarahan, menetapkan bahagian yang cedera dan menutup tempat luka atau cedera.

Antara contoh pembelajaran kitaorang dengan menggunakan kain anduh ialah : 

(i)

 
Pembalut Cincin

- Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam
- Ianya digunakan untuk menutup luka

 

Contoh balutan anduh untuk kepala yang cedera

 (ii)

 
 Anduh pergelangan tangan

(iii) 

Anduh besar/ Anduh lengan

- Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera 
- Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas

 

Para pelajar sedang mendengar taklimat yang diberikan.


Contoh balutan anduh untuk kepala 

 Setelah mempelajari dan mengetahui sedikit sebanyak tentang pertolongan cemas ini kitaorang berharap ilmu ini dapat digunakan in any emergency cases. Terima kasih keada Encik Muiz kerana mengajar kami semua tentang pertolongan cemas ini untuk digunakan apabila diperlukan kemudian hari. See you next week. Baiiii! :D